Caj Gold Premium Public Gold
Caj Gold Premium Public Gold | [UPDATE 11/10/2018] Caj Gold Premium Public Gold ini akan di kenakan kepada setiap item emas Public Gold. Harga emas yang di paparkan pada website Public Gold tidak termasuk caj gold premium ini.
Oleh itu, jika hendak membeli emas Public Gold pastikan anda kira dahulu kos semuanya:
Harga Emas = Harga emas (di website) + Caj Gold Premium.
Caj Gold Premium Public Gold
Seterusnya apa pulak Gold Premium ni?
Caj Gold Premium sebenarnya kos Public Gold menghantar emas untuk memudahkan pembeli emas ambil dari mana-mana cawangan Public Gold (serta cawangan Pos Ar-Rahnu) terdekat seluruh Malaysia, Singapore atau Indonesia. Kalau dulu, caj ini dinamakan “transportation cost”.
Untuk makluman sahabat pembaca, emas Public Gold dijual berdasarkan harga emas dunia secara real time. Harga tersebut belum termasuk kos logistik (menggerakkan produk) ke cawangan berhampiran dengan kita.
Ini caj gold premium mengikut item emas Public Gold
Bila disemak semula caj premium yang dikenakan ke atas pelanggan adalah sangat minimum. Katakan anda membeli emas melalui GAP hari ini 14 MEI 2017 RM186/g + RM10 = RM196/g untuk emas 999.9 bertaraf LBMA dan TANPA GST. Masih murah bukan.
Jika anda membeli secara terus (Non GAP/Retail) caj ini akan dikira sekali di dalam invoice (Harga emas + caj premium). Dah dikira siap-siap. Harga 1gram RM250.
Sekali lagi saya tekankan bahawa caj Gold Premium ini dikenakan mengikut item emas bukannya per gram emas. Kalau kita lihat daripada jadual gold premium di atas. Kita akan dapati bahawa caj gold premium ini akan semakin kecil bagi item emas yang mempunyai berat yang lebih besar.
Sebagai contoh:
item emas 1g = gold premium RM10
item emas 10g = gold premium RM15 (RM1.50 untuk 1g)
item emas 100g = gold premium RM70 (RM0.70 untuk 1g)
begitu juga seterusnya.
Untuk lebih faham macamana mengira kos gold premium ini semasa membeli emas atau mengeluarkan emas daripada akaun GAP, saya berikan contoh di bawah:
Katakan anda keluarkan
1 gram x 10 keping
– Caj premiumnya 1 gram x RM10 (caj premium) x 10 keping = RM50.00
5 gram x 2 keping
– 5 gram x RM5 (caj premium) x 2 keping = RM10.00
10 gram x 1 keping
– 10 gram x RM10 (caj premium) x 1 keping = RM20.00
Moga kita semua lebih memahami apa itu caj Gold Premium Public Gold.
[FAQ berkaitan caj premium]
Bagaimana cara jimatkan kos caj “premium”?
Untuk jimat caj ini, beli (atau keluarkan dari Akaun Emas GAP) item yang lebih besar. Contohnya, caj Gold Premium untuk gold bar 1 gram ialah RM10 keping. Kalau keluarkan 5 keping, maksudnya kita perlu bayar RM50 (RM10 x 5 keping).
Untuk lebih jimat, keluarkan sahaja gold bar 5 gram x 1 keping. Cajnya hanya RM10 sekeping. Jimat RM40 (RM50 – RM10).
Adakah ia caj penghantaran (pos) kepada pembeli?
Bukan. Caj Gold Premium bukanlah caj penghantaran kepada pembeli seperti caj poslaju. Buat masa ini, Public Gold di Malaysia tak mengantarkan emas terus kepada pembeli. Tetapi Public Gold hanya menghantarkan emas ke cawangan Public Gold (atau cawangan Pos Ar-Rahnu terdekat). Selain ambil dari cawangan Public Gold, pembeli emas Public Gold juga boleh ambil dari mana-mana cawangan Pos Ar-Rahnu terdekat (hanya untuk pembeli non-GAP).
Adakah ia caj premium lebih mahal kalau ambil emas di Pos Ar-Rahnu?
Tidak. Caj premium untuk emas yang diambil dari Pos Ar-Rahnu sama sahaja dengan caj premium emas yang diambil terus dari cawangan Public Gold.
Adakan sama caj premium pembelian biasa dan pembelian secara EPP?
Berbeza. Untuk pembelian secara EPP, ada caj tambahan dikenakan. Rujuk jadual di bawah.
Kenapa Public Gold kenakan caj Gold Premium walaupun kita ambil sendiri emas di cawangan Public Gold terdekat?
Cawangan Public Gold tak simpan stok emas yang banyak. Stok emas Public Gold disimpan di Public Safe yang terletak di Bayan Lepas, Penang (Malaysia). Cawangan Public Gold hanyalah distribution centre. Stok yang disimpan di cawangan hanyalah dalam jumlah yang sesuai dengan jumlah jualan sesuatu branch.
Mudah-mudahan panduan ini dapat membantu sahabat pembaca faham maksud sebenar caj “gold premium” dan “silver premium”.
Mohd Redzuan Dolah
Sungai Petani
14 Mei 2017