Cara Menambah Belian GAP Public Gold Secara Online
Cara Menambah Belian GAP Public Gold Secara Online | Jika anda ingin membeli GAP (Gold Accumulation Program) buat kali pertama, anda perlu membeli secara manual iaitu dengan bank-in dan maklumkan kepada Public Gold melalui whatapps ataupun email. Untuk lebih faham, anda boleh baca artikel saya bertajuk “Kelebihan dan Cara Simpan Emas Dengan GAP Public Gold”.
Untuk artikel kali ini saya akan focus kepada cara untuk tambah belian GAP melalui website Public Gold. Ianya sangat mudah, kerana anda hanya perlu upload resit bayaran ke dalam website dan anda boleh menyemak status pembelian anda terus daripada website tersebut.
Ikuti langkah-langkah dibawah ini untuk menambah belian GAP Public Gold secara online:
Langkah #1:
Login ke website Public Gold dan pilih Option “MyGAP”. Anda akan di bawa ke window Gold/Silver Accumulation Program. Pastikan ianya adalah akaun anda.
Langkah #2:
Klik pada petak “Purchase” di bahagian atas. Kemudian klik “add new”.
Langkah #3:
Klik butang “Gold Accumulation Program – GAP (AU 999.9)”
Langkah #4:
Taip di bahagian “purchase amount” jumlah harga GAP yang ingin anda beli, bahagian “Bank in” dan “Reference No”
Langkah #5:
Attachkan slip pembayaran.
Langkah #6:
Pastikan purchase amount yang anda masukkan sama dengan nilai yang anda bank-in di dalam slip pembayaran. Kemudian Klik butang “Request” di bahagian bawah kiri screen.
Langkah #7:
Setelah klik butang request, screen status pembelian anda anda di paparkan. Di sini anda boleh menyemak status pembelian anda. Apabila Public Gold selesai memproses pembelian anda, status akan bertukar daripada “request” kepada “success”.
Jika selepas 2 hari bekerja, status masih belum di update, anda boleh contact cawangan Public Gold ataupun contact Dealer anda untuk memastikan pembelian anda.
Anda boleh rujuk di sini untuk number contact cawangan Public Gold di seluruh Malaysia.
Sekian,
Mohd Redzuan Bin Dolah
Sungai Petani, Kedah
Public Gold Authorised Dealer
PG00062196
Tel: 019-293 3279