Cara Mudah Menyediakan Simpanan Pendidikan Anak

Cara Mudah Menyediakan Simpanan Pendidikan Anak | Cara ini tidak memerlukan anda untuk menyimpan wang yang banyak sehingga ratusan malahan ribuan ringgit sebulan. Tetapi cukup hanya beberapa puluh ringgit sahaja untuk suami dan juga isteri.

Andaikan majoriti masyarakat kita sekarang suami dan isteri bekerja dengan pendapatan yang di campur bersama seisi rumah bermula daripada RM3,500 sebulan.

Cara Mudah Menyediakan Simpanan Pendidikan Anak

Cara Mudah Menyediakan Simpanan Pendidikan Anak

Cara #1: Kumpulkan RM1,000 Sebelum Kelahiran Anak

Bila dah confirm isteri anda mengandung, mula kumpulkan RM1,000 sebagai modal permulaan simpanan pendidikan ini. Tidak banyak yang perlu di simpan jika di kira sebulan bermula daripada isteri anda mengandung.

Pada saya RM1,000 ni hanyalah RM100 sebulan (suami RM50 + isteri RM50 = RM100). RM100 x 9 bulan = RM900. Kemudian salah seorang (mungkin suami dapat bonus) cukupkan lagi RM100 jadilah RM1000 semasa anak dilahirkan.

Tapi kalau RM50 sebulan pun anda dah berkira antara suami isteri, kemungkinan pasangan ini masih belum bersedia dari segi pengurusan kewangan untuk keluarga mereka.

RM1,000 ni perlu dimasukkan ke dalam akaun unit trust atau pelaburan yang anda rasakan akan mendatangkan keuntungan. Tak perlu lagi SSPN sebab SSPN bagi ~4% je.

Cara #2: Simpan Duit Raya Anak RM100 Setahun

Simpan RM100 yang dikumpulkan oleh anak anda setiap tahun semasa beraya pun cukup dah. Yang selebihnya boleh berikan kepada mereka untuk berbelanja.

Lagipun orang bagi duit raya biasanya bukan nak suruh dibelanjakan semuanya, selalunya mesti datang sekali dengan nasihat, “belajar rajin-rajin.. ” atau “jangan belanja habis duit ni.. “.

Walaupun hanya RM100 setahun, tapi nilainya bila dikumpulkan dan digandakan selama 20 tahun memang boleh jadi besar. Anda boleh kira sendiri.

Tapi kalau RM100 setahun duit percuma yang diberi oleh orang ramai pun tak dapat dimasukkan ke dalam akaun untuk simpanan pendidikan anak, tak payah mimpilah nak kumpulkan RM50,000 untuk anak.

Cara #3: Ambil Education Plan Untuk Anak

Education plan ni untuk apa? Simple je. Education plan ni adalah kaedah untuk memindahkan risiko kewangan akibat daripada kehilangan pencari nafkah utama dalam keluarga.

Bagaimana ianya berfungsi?

Katakan salah satu daripada senario ini berlaku, pencari nafkah utama (biasanya si ayah) meninggal atau mengalami kecacatan kekal dan tak dapat bekerja. Sudah tentu pada masa itu kalau si ibu walaupun bekerja, belum tentu boleh menanggung segala perbelanjaan keluarga. Kalau dah perbelanjaan bulanan tak tertanggung, simpanan pendidikan tak usah cerita lagilah kan.

Bila situasi ini berlaku, plan pendidikan anak ni tadi dah dibayar oleh ahli Takaful yang lain sehingga anak mencapai usia 25 tahun. Dalam erti kata lain, plan yang sepatutnya dibayar RM100 sebulan ni dah jadi percuma sehingga anak berumur 25 tahun.

artikel asal