Harga Emas Turun dan Naik Tanpa Dividen

Harga Emas Turun dan Naik Tanpa Dividen | Selalunya bila harga emas naik, ramai yang mula ambil tindakan. Berbeza pula jika harga emas turun. Saya berpendapat ini adalah tradisi bagi penyimpan emas yang baru berjinak-jinak dalam dunia pelaburan emas.

Harga emas sebenarnya bukanlah murah. Walaupun jatuh sebanyak RM10 sekalipun ianya masih dikategorikan mahal. Walaupun harga emas naik ada ketikanya harga emas ada yang turun. Itu adalah perkara Normal tetapi jangan pula kita mengharapkan lebih, contohnya apabila harga emas naik RM2-3, mula lah kita berkhayal dan berharap semoga harga emas naik sehingga 2-3 ratus. Sama juga jika harga emas turun. Kita mula berkhayal semoga harga emas turun sehingga harga yang tidak logik.

Harga Emas Turun dan Naik Tanpa Dividen

Pernah seorang sahabat saya beritahu saya, dia menunggu harga emas menjadi RM100/gram barulah ketika itu dia akan buat pembelian. Waktu itu harga emas telah pun mencecah RM180/gram. Sekarang faham maksud saya? Kita terlalu menunggu harga emas yang tidak pernah masuk akal.

Harga Emas Turun dan Naik Tanpa Dividen

Nilai wang kertas bukan terletak pada kertasnya, tapi ia bergantung sejauhmana kekukuhan ekonomi dan politik sesebuah negara. Bayangkan jika ditakdirkan ekonomi dan politik mengalami kekacauan, sudah pasti nilai wang kertas akan jatuh. Jangan terkejut, sejarah pernah buktikan bahawa nilai wang kertas boleh jatuh sehingga sifar “0” apabila berlaku krisis contohnya peperangan.

Nilai emas berbeza dengan wang kertas. Malah nilai emas jauh lebih baik daripada nilai wang kertas. Bagi sesiapa yang dah mula memiliki dan menyimpan emas, nilai wang mereka sebenarnya telah dilindungi oleh nilai emas tersebut. Apabila berlaku apa-apa krisis, mereka tidak perlu risau malah mereka bersedia dengan sebarang kemungkinan. Penyimpan emas tegar bila harga emas turun atau naik, kadang-kadang mereka seolah-olah tidak ambil peduli sebab dalam pemikiran mereka ialah fokus kepada GRAM bukan RM. Jika harga emas jatuh, itu sebenarnya peluang untuk mereka tambah “GRAM”.

Simpan emas ni nampak miskin daripada simpan saham. Mana tidaknya, nilai saham kita boleh berkira-kira dividennya. Bila diumumkan dividen, kita gembira bukan main lagi. Jika boleh mahu melompat setinggi langit. Jika dividen yang diumukan adalah 8%, belum ditolak zakat dan kejatuhan nilai wang berkenaan. Emas pula jika kita simpan 250gram hari ini, esok masih sama beratnya. 10tahun lagi masih 250gram emas. Kita nampak miskin, tetapi bila kita nilai semula emas berkenaan, adakah harga 250gram hari ini bersamaan dengan RM47,800 atau sekitar RM194/gram Akan sama dengan harga 10 tahun mendatang? Adakah harga emas statik? Harga roti canai pun naik, inikan pula harga emas yang jauh lebih bernilai.

Jangan takut untuk bermula simpanan emas, tapi takutlah jika kita tidak mahu bermula. Simpanan emas di Public Gold boleh mula serendah RM100 sahaja untuk emas seberat 0.5gram. Boleh hubungi mana-mana dealer Public Gold atau saya sendiri boleh bantu anda. Moga perkongsian ini membawa 1001 manfaat.

Kredit: Dealer Fairuz

Mohd Redzuan Dolah
PG00062196
13-September-2017