Keistimewaan Emas Sebagai Simpanan Jangka Panjang
Keistimewaan Emas Sebagai Simpanan Jangka Panjang | Terdapat sesetengah yang berminat dengan pelaburan emas iaitu mereka membeli ketika harga rendah dan jual semula ketika harga tengah naik. Tetapi saya bukan pelabur emas. Saya hanya penyimpan emas sahaja. Ketika harga emas turun saya beli untuk tambah simpanan gram emas saya. Ketika harga naik, saya gembira sebab nilai kekayaan saya semakin bertambah tanpa saya perlu berbuat apa-apa.
Ada juga yang bertanya, kalau beli emas tapi tak jual-jual mana datang untungnya? Betul, tetapi apa bezanya kalau simpan duit banyak-banyak di dalam bank, apa untungnya? Dapat dividen! Dapat bonus! Betul, tetapi nilainya akan di makan inflasi dan nilai itu juga akan merosot mengikut kemerosotan mata wang kita. Oleh itu, anda fikir lah sendiri mana yang lebih baik untuk anda.
Cuba fikirkan, kenapa harga seekor kambing daripada dulu sampai sekarang masih lagi 1 dinar?
Keistimewaan Emas Sebagai Simpanan Jangka Panjang
Berikut antara keistimewaan emas sebagai simpanan jangka panjang samada untuk diri sendiri atau untuk anak-anak kita nanti. Dengan keistimewaan yang saya dapat daripada Tn. Zulkifli inilah saya memilih untuk bertukar kepada simpanan emas daripada simpanan tunai.
Keistimewaan #1: Kalis inflasi
Apa itu inflasi?
Dalam ekonomi, inflasi bermaksud suatu kenaikan dalam tingkat harga umum barangan dan perkhidmatan dalam sesebuah ekonomi dari semasa ke semasa. Dengan peningkatan tingkat harga umum, setiap unit mata wang cuma dapat membeli barangan dan perkhidmatan dalam jumlah yang kurang daripada sebelumnya. Oleh itu, inflasi juga mencerminkan penurunan dalam kuasa beli wang iaitu satu kehilangan nilai sebenar dalam medium pertukaran dalaman dan unit akaun dalam sesebuah ekonomi. Satu ukuran utama bagi inflasi harga adalah kadar inflasi iaitu perubahan peratusan tahunan di dalam sesuatu indeks harga umum (biasanya disebut Indeks Harga Pengguna) dari semasa ke semasa. – sumber wikipedia
Kalau waktu saya sekolah dulu, cukup sekadar membawa wang belanja RM0.50 (50 sen) sehari. Tetapi hari ini, apa akan terjadi kalau anda berikan anak-anak anda wang belanja 50 sen sehari. Apa yang boleh di makan oleh anak-anak anda? Saya tak dapat bayangkan berapa pula saya nak berikan pada anak-anak saya waktu mereka akan ke sekolah 5 tahun akan dating nanti.
Keistimewaan #2: Mudah untuk di tukar kepada tunai
Sebelum saya mula menyimpan emas, saya tertanya-tanya juga nak jual dengan siapa emas-emas itu nanti. Dengan Public Gold saya boleh menjual emas tersebut kepada Public Gold semula. Itu adalah salah satu cara untuk mendapatkan tunai dengan emas. Cara yang lain, anda boleh tukar kepada tunai di ar-rahnu. Pastikan anda mempunyai ilmu dahulu sebelum membuat sesuatu.
Keistimewaan #3: Kekayaan di tangan anda
Apabila kekayaan itu di tangan anda, apa yang berlaku di luar sana tidak akan memberi kesan kepada kekayaan anda. Kalau simpan di bank, apa yang akan jadi pada duit simpanan kita jika bank tersebut tutup. Apa akan jadi kalau Negara mengalami masalah ekonomi yang teruk. Sejarah mengajar kita pelbagai kemungkinan yang boleh berlaku. Di Greece, orang ramai tidak dapat mengeluarkan simpanan mereka di bank kerana masalah ekonomi Negara mereka. Ringgit Malaysia pun apa kurangnya, sudah banyak kali nilai RM kita jatuh teruk di sebabkan masalah ekonomi samada ekonomi Negara ataupun ekonomi dunia.
Keistimewaan #4: Boleh di jadikan modal pusingan.
Ini yang di praktikkan oleh orang tua-tua dulu. Mereka menyimpan banyak-banyak barang emas terutamanya yang wanita. Bila anak-anak perempuan mereka dah bersekolah, akan di belikan rantai emas, gelang emas untuk di hari tua mereka nanti.
Keistimewaan #5: Emas sebagai asset mudah alih
Jika di bandingkan dengan aset fizikal yang lain, emas adalah yang paling mudah alih. Kalau anda beli rumah atau tanah memang confirm tak boleh di alihkan. Proses untuk menjual tanah dan rumah juga memakan masa yang lama. Pengalaman saya membeli rumah, memakan masa 4 bulan baru selesai.
Keistimewaan #6: Kekayaan bertahan lama
Dari segi psikologi, apabila anda sudah belie mas, anda akan berasa saying untuk menjual semula. Memang naluri manusia sejak berzaman lagi amat sukakan emas. Seronoknya emas pada mengumpul dan menyimpannya, tetapi seronoknya duit pada membelanjakannya. Sebab itu jika duit simpanan saya selalu kebocoran.
Sekian.
Mohd Redzuan Bin Dolah
Gurun, Kedah
Public Gold Authorised Dealer
PG00062196