Kriteria Penting Dalam Memilih Emas
Kriteria Penting Dalam Memilih Emas | Memilih sesuatu yang terbaik bukan perkara yang mudah. Di dalam islam kita di ajar untuk melakukan solat istikharah jika ingin memilih sesuatu perkara. Sejak saya mula menceburkan diri dalam perniagaan dan pelaburan emas, saya dapati terdapat beberapa kriteria yang perlu di penuhi ketika memilih emas yang ingin kita beli.
Sekarang ni dah banyak company yang keluarkan emas pelaburan. Ramai yang confuse nak beli emas yang mana satu. Ramai juga yang tanya saya pasal syarikat lain, antaranya Power Gold, Sri Ayu dsb. Saya rasa lebih adil sahabat semua tanya terus ejen syarikat tersebut sebab saya takut maklumat yang saya bagi tu tak tepat ataupun tak lengkap. Ejen syarikat itu sendiri lebih layak untuk bagi penerangan tentang bisnes mereka.
Kriteria Penting Dalam Memilih Emas
Antara kriteria yang perlu di pertimbangkan adalah seperti dibawah:
- Harga per gram rendah
- Nilai Spread (susut nilai) rendah
- Stok tiada had (boleh beli bila-bila sahaja)
- Cawangan tempat jual beli banyak (mudah untuk beli & mudah untuk jual balik)
- Syarat jual beli tak cerewet (Biasanya yang cerewet waktu untuk jual balik)
#1 – Harga per gram rendah
Kriteria ini bukan sahaja ketika nak beli emas, tetapi ketika nak membeli barang lain juga perlu di pertimbangkan. Harga emas yang lebih rendah lebih baik sebab kita boleh beli lebih banyak dengan bajet yang sama. Harga emas perlu di banding secara keseluruhan iaitu termasuk dengan caj-caj lain seperti upah tukang, GST, gold premium dan lain-lain kos yang terlibat.
Antara nasihat mentor saya berkaitan harga emas, “emas yang harganya paling murah tak semestinya terbaik sebab mungkin spread / susut nilainya sangat tinggi atau syarikat tak jamin beli balik emas tersebut! Jadi jangan mudah terpengaruh bila dengar emas tu murah. Takut-takut, bila nak jualnya pun jauh lebih murah! Rugi…”
Untuk bandingkan harga, sahabat semua boleh cek di website masing-masing, antaranya;
- Kijang Emas
- Public Gold
- Power Gold
- Sri Ayu
- Dinar Kelantan
- Kelantan Gold (private)
#2 – Nilai spread (Susut Nilai) rendah
Cuba kira berapa peratus spreadnya. Spread akan menentukan berapa cepat dan berapa banyak kita akan dapat untung. Lagi rendah lagi bagus. Kena buat pengiraan sikit. Cara pengiraan spread boleh baca dalam ebook saya ini >> http://bit.ly/BasicPelaburanEmas
#3 – Stok Tiada Had / Boleh beli bila-bila masa
Kriteria stok ini penting untuk dipertimbangkan kerana ia akan mempengaruhi pembelian sahabat-sahabat nanti. Apa masalahnya kalau stok terhad tetapi kriteria lainnya sangat bagus? Jawapan saya mudah sahaja, kita terpaksa beli ketika harga emas mahal sahaja sebab ketika harga emas sedang jatuh atau murah, stok akan tiada dan ketika harga tengah naik sahaja stok ada.
Oleh itu, sahabat-sahabat perlu pastikan syarikat tersebut mampu untuk menyediakan stok pada bila-bila masa sahaja dan pelanggan boleh beli pada bila-bila masa juga.
#4 – Cawangan Jual Beli Banyak
Cawangan banyak maka mudah la kita sebagai pelanggan untuk berurusan samada beli atau jual. Cuba check di website company masing-masing, berapa banyak cawangan yang ada. Lagi banyak lagi baik.
Bagaimana pula kalau company itu tak banyak cawangan tetapi wakil atau dealer mereka bertebaran di seluruh negara. Bagi saya dealer ini hanya sebagai pemudahcara bagi urusan jual beli company masing-masing. Tetapi kita kita boleh bergantung sepenuhnya kepada dealer sebabnya dealer ada pilihan samada ingin membantu kita atau tidak. Mungkin urusan yang tidak mendatangkan keuntungan kepada dealer, mungkin mereka tidak akan membantu. Pengalaman mengajar kita dan pilihan kita akan menentukan kelancaran jual beli emas kita nanti.
#5 – Syarat Jual Balik Tak Cerewet
Biasanya untuk beli memang tidak cerewet. Tetapi bila pelanggan ingin jual balik, pelbagai syarat dikenakan. Oleh itu, kalau nak beli, cari company yang jamin akan beli balik emas tu tanpa banyak syarat. Kalau company tu tak jamin akan beli balik, jangan beli emas tu sebab nanti kita rugi 25% sebab terpaksa jual kepada kedai emas. Paling baik ialah company yang jamin akan beli balik walau apa keadaan emas tu, sekalipun calar, kemek, dah buka seal dsb.
Itulah 5 Kriteria Penting Dalam Memilih Emas yang saya sarankan kepada sahabat-sahabat untuk pertimbangkan jika ingin membeli emas untuk buat pelaburan. Kalau nak buat koleksi, boleh aje beli yang mana-mana pun.
Wallahu a’lam.