Mudahnya Simpan Emas Dengan GAP Public Gold

Mudahnya Simpan Emas Dengan GAP Public Gold | [Kemaskini 08 Oktober 2018] Ramai yang nak simpan emas, tapi takut nak simpan sendiri. Kalau masuk Akaun Emas di bank, kebanyakkannya tak patuh syariah. Yang patuh syariah cuma Kuwait Finance House (KFH) sahaja. Kalau nak sewa safe deposit box pun bukan mudah untuk sesetengah tempat. Jadi masalah tempat simpan selalu jadi ‘penghalang’ untuk sesetengah orang mula menyimpan emas. Masalah kedua, nak beli emas tapi modal kecil. Bajet cuma sekitar RM200 sahaja sebulan.

Alhamdulillah, lepas memerhati masalah ni, Public Gold melangkah setapak lagi dengan melancarkan produk dan kaedah pembelian terbaru yang dinamakan Gold Accumulation Program (GAP). GAP sebenarnya nak bantu lebih ramai orang memulakan simpanan emas dengan cara yang lebih mudah. Selesai masalah di mana nak simpan, dan selesai masalah bajet kecil untuk bermula.

Akaun Emas Tetapi Emas Fizikal

GAP tu saya nampak lebih kurang Akaun Emas yang ditawarkan KFH. Kita boleh beli emas, dan KFH simpankan emas untuk kita secara percuma. Bila-bila masa nak keluarkan emas tu, kita boleh keluarkan serendah 1 gram. Cuma kelebihan GAP, kita boleh mula walaupun dengan bajet 1 gram. Kalau KFH, belian pertama mesti 10 gram. Dengan GAP, kita perlu tinggalkan baki minimum 1 gram (supaya akaun kekal aktif), tetapi KFH kena tinggalkan baki minimum 2 gram.

Kemudahan GAP Public Gold

Secara ringkasnya, ini kemudahan GAP Public Gold untuk penyimpan emas:

  • Boleh beli emas ketulenan 999.9 dengan bajet minimum 1 gram.
  • Simpan emas dengan Public Gold secara percuma! Tanpa had masa, tanpa had jumlah emas yang dibeli. Tiada yuran simpanan dikenakan.
  • Boleh tambah simpanan emas dengan gandaan 1 gram pada bila-bila masa. Tiada sebarang syarat wajib beli dalam jumlah tertentu setiap bulan.
  • Boleh keluarkan emas fizikal (gold bar 999.9) serendah 1 gram di mana-mana 18 cawangan Public Gold seluruh Malaysia tanpa had.
  • Boleh keluarkan semua emas yang kita simpan tu pada bila-bila masa. Cuma kalau tak tinggalkan baki 1 gram, akaun GAP kita dianggap tak aktif. Bila nak aktifkan semula, Public Gold kenakan caj RM50.
  • Urusniaga 24 jam sehari, 365 hari setahun. Boleh beli secara online, dan jual pun secara online.
  • Setiap pengeluaran emas fizikal akan dikenakan caj “gold premium” sebagaimana beli emas fizikal Public Gold yang lain. Kalau tak keluarkan emas tu secara fizikal, gold premium tak dikenakan.
  • Kaedah belian ini sudah disahkan patuh syariah oleh penasihat syariah Public Gold, iaitu Amanie Advisors Sdn. Bhd.

Perbandingan GAP dan Akaun Emas KFH

Kalau akaun emas yang ditawarkan di bank, bagi saya KFH paling bagus buat masa ni berbanding dengan bank-bank lain. Sebagai perbandingan dengan GAP pula, ciri-ciri GAP Public Gold hampir sama seperti Akaun Emas KFH. Bezanya cuma:

#1 – Ketulenan Emas : Emas KFH berketulenan 995, emas Public Gold berketulenan 999.9. Maksudnya, emas Public Gold lebih tulen. (kekurangan KFH)

#2 – Pembelian Pertama : Pembelian emas KFH mesti bermula dengan 10 gram, tapi emas Public Gold boleh bermula dengan 1 gram. (kekurangan KFH)

#3 – Spread / Susut Nilai : Spread atau “susut nilai” KFH 6.0% untuk semua saiz emas, tapi Public Gold berbeza mengikut saiz gold bar yang dikeluarkan. Bermula dengan 1 gram (9%), 5 gram (9%), 10 gram (9%), 20 gram (8%), 50 gram (7.5%), 100 gram (7%), 250 gram (6%) dan 1 kilogram (6%). (kelebihan KFH kalau keluarkan emas bersaiz kecil)

#4 – Syarat Pengeluaran : KFH tak boleh keluarkan semua emas yang kita simpan. Mesti biarkan baki minimum 2 gram. Kalau keluarkan semua, akaun tu dianggap ditutup. Bila nak buka semula akaun, kena mulakan semula dengan pembelian 10 gram. Public Gold boleh keluarkan semua emas tanpa berbaki walaupun 1 gram, cuma kalau tak tinggalkan 1 gram, akaun GAP kita dianggap tidak aktif. Bila nak aktifkan semula, Public Gold kenakan caj RM50. (kekurangan KFH)

#5 – Pengeluaran Interbranch : Syarat maksimum pengeluaran emas fizikal KFH di “interbranch” cuma 50 gram setiap tempoh 3 bulan. Emas Public Gold tiada had untuk keluarkan emas fizikal di mana-mana cawangan seluruh Malaysia pada bila-bila masa. (kekurangan KFH)

#6 – Caj Pengeluaran – KFH tiada apa-apa caj semasa pengeluaran emas fizikal. Public Gold, sebarang pengeluaran emas di mana-mana branch akan dikenakan caj “gold premium” yang minimum. (kelebihan KFH)

#7 – Syarat Belian Balik : Emas KFH berseal kekal, sama macam Public Gold. Kalau seal rosak, atau dibuka, KFH tak terima lagi emas tu. Kita terpaksa jual dikedai emas sebagai “used gold” dengan susut nilai sekitar 25%. Public Gold jamin beli emas tu. Kalau sealnya dibuka, Public Gold beli dengan susut nilai  10%. (kekurangan KFH)

#8 – Waktu Urusniaga : Urusniaga beli dan jual KFH terhad waktu pejabat. Public Gold urusniaga 24 jam sehari, 365 hari seminggu. Beli secara online, jual pun secara online. (kekurangan KFH)

Siapa Yang Bermanfaat Dengan GAP?

Saya nampak, GAP Public Gold ni sangat bermanfaat bagi siapa yang:

  1. Nak mulakan simpanan emas, tapi bajet kecil.
  2. Nak simpan emas, tapi risau nak simpan sendiri.
  3. Nak beli emas Public Gold, tapi menetap di overseas atau tinggal di tempat yang jauh dari pejabat Public Gold.
  4. Nak beli emas secara konsisten dengan bajet sekitar RM200 sebulan. Mungkin boleh jadi alternatif simpanan masa depan anak-anak dengan bajet RM200 sebulan setiap anak.

Cara Membeli Emas Dengan GAP

Bagi siapa nak beli GAP untuk KALI PERTAMA, ini langkahnya:

#1 – Bank in/transfer Duit
——————–
Bank in/transfer duit ke akaun PG mengikut harga per gram di : www.publicgold.com.my.

No akaun pembelian GAP:

Public Gold Marketing Sdn. Bhd.

♢ 5571 3923 8048 (Maybank)
♢ 5071 3410 4563 (Maybank)
♢ 3167-52-0833 (Public Bank)

(Harga disemak setiap pukul 12.00 mlm)

#2 – Wassap Maklumat
———————

Wassap maklumat ke 017-4866 916 (no Hp PG bahagian GAP). Klik www.wasap.my/60174866916 utk wasap atau boleh juga wassap kepada saya http://www.wasap.my/60192933279 . Bagi;

a. Nama penuh :
b. No ic :
c. No telefon :
d. Email :
e. Jumlah yang dibank in :
f. Tarikh bank in :
g. Masa bank in :
h. Introducer : PG00062196 Mohd Redzuan Dolah

(Attachkan skali slip byrn utk PG sahkn byrn. Slip byrn tu kena simpan baik2 utk rujukan masa depan)

KALAU TAK PAKAI WASSAP, emailkan slip byrn ke gap@publicgold.com.my bersama maklumat & cc kpd sy redzuan09@gmail.com utk memudahkn sy follow up PG (jika perlu)

#3 – Cek GAP Statement
————————-

Tunggu PG proses dlm masa 2 HARI BEKERJA.

Kalau dh dpt email USERNAME dari PG, login website utk cek GAP Statement LEPAS 2 HARI BEKERJA. Gunakan no ic 12 digit sbg password. Kalau x terima juga email tu, bg tahu sy utk follow up dgn PG.

(Bila2 nak keluarkan emas tu, dtg di office PG tunjuk i/c & bayar caj premium je. Call dulu sblm dtg)

 

 

Baca juga Cara Menambah Belian GAP Public Gold Secara Online