Mulakan Pelaburan Emas Dengan Modal Kecil

Mulakan Pelaburan Emas Dengan Modal Kecil | Bila di sebut pelaburan EMAS, ramai orang dan termasuk jugalah saya sendiri akan menganggap pelaburan ini memerlukan modal yang besar. Tetapi setelah saya mempelajari berkaitan ilmu emas melalui seminar dan artikel-artikel di internet, rupanya anggapan saya itu salah. Saya bermula dengan simpanan yang kecil sahaja lebih kurang RM200 sebulan sahaja. Bagi saya, setelah anda bermula dengan modal yang kecil ini barulah anda akan bersemangat mendalami ilmu pelaburan emas dan anda juga akan mudah untuk memahaminya kerana anda telahpun bermula. Sebelum saya bermula menyimpan emas dengan modal yang kecil, amat sukar bagi saya memahami dan menentukan bila harga emas tinggi ataupun rendah.

Di sini saya ingin kongsikan cara-cara untuk memulakan pelaburan emas dengan modal yang kecil. Anda boleh mempertimbangkan salah satu daripada cara ini mengikut minat dan kesesuaian diri anda.

#1 – Beli emas secara GAP (Gold Accumulation Program)

Ini adalah produk daripada Public Gold untuk memudahkan anda mula menyimpan emas dengan modal yang sangat minima. Kaedah belian GAP ini membolehkan anda membeli dan menyimpan emas serendah 1g dan boleh di tambah pada bila-bila masa sahaja.

GAP public Gold

Kaedah ini mirip kepada “akaun simpanan emas”. Public Gold memberi jaminan bahawa anda boleh mengeluarkan emas tersebut pada bila-bila masa sahaja. Dengan cara ini anda tidak perlu risau untuk menyimpan emas di rumah anda.

#2 – Beli Gold Bar 1 Gram

Terdapat pelbagai Gold Bar 1g di pasaran pada hari ini. Anda boleh memilih sendiri mengikut kesesuaian anda. Cuma bagi saya, Gold Bar Public Gold adalah yang terbaik kerana harga per gram, harga sama sahaja samada anda dealer atau tidak dan susut nilainya yang rendah.

#3 – Beli Syiling Emas 1 Dinar

Cara ini berbeza sedikit kerana memerlukan modal lebih kurang RM700 untuk mula membeli dan menyimpan dinar emas. Biasanya harga dinar emas lebih murah jika dibandingkan dengan Gold Bar kerana dinar emas memang di keluarkan untuk tujuan pelaburan.

dinar public gold

Sekarang ini terdapat pelbagai jenis emas di pasaran dan saya nasihatkan supaya mencari emas yang di iktiraf  di peringkat antarabangsa iaitu di iktiraf oleh London Bullian Market Association (LBMA). Emas yang di iktiraf oleh LBMA ini bebas daripada GST 6%.

Mudah-mudahan dengan info ringkas ini dapat membantu anda memulakan langkah pertama menyimpan emas.