Pilihan Memulakan Pelaburan Emas Dengan Budget Kecil

Pilihan Memulakan Pelaburan Emas Dengan Budget KecilPilihan Memulakan Pelaburan Emas Dengan Budget Kecil | Sebelum saya mula menceburkan diri dalam pelaburan emas, saya juga seperti sahabat-sahabat yang lain. Saya menyangkakan pelaburan emas ni pasti memerlukan budget yang besar sehingga ribu-riban. Tetapi setelah saya bermula, baru saya nampak yang pelaburan emas ini boleh di mulakan dengan budget yang sangat kecil.

Betul, tak perlu modal yang besar untuk memulakan pelaburan emas. Kalau ada bajet sekitar RM200 sebulan pun dah boleh mula menyimpan emas. Inilah juga antara kelebihan yang ada pada pelaburan emas yang ramai orang tidak tahu.

“Bagi saya, yang penting mulakan dulu dengan modal kecil. Bila dah mula, baru cepat faham ilmu pelaburan emas. Bila dah mula, baru faham bila harga emas tinggi ataupun rendah. Selagi tak mula, kekadang nak explain pun susah. Lambat sikit faham berbanding orang yang dah bermula.” itu kata-kata mentor emas Public Gold saya.

Pilihan Memulakan Pelaburan Emas Dengan Budget Kecil

Bagi yang nak mulakan pelaburan emas dengan modal kecil, anda boleh pertimbangkan salah satu daripada cara ni:

#1 – Beli Emas dengan Akaun Emas.

Di Malaysia kebanyakannya bank-bank sahaja yang menawarkan pelaburan emas dengan akaun emas. Tetapi tidak di sandarkan kepada emas fizikal kecuali akaun emas Kuwait Finance House (KFH).

Sekarang ini terdapat alternatif lain untuk pelaburan dengan akaun emas. Akaun emas yang di sediakan oleh Public Gold yang diberi nama Gold Accumulation Program (GAP). Ia memudahkan kita menyimpan emas walaupun dengan modal bawah RM200. Ini kaedah simpan emas paling mudah buat masa ini di Malaysia. Kaedah belian GAP ni mirip Akaun Emas yang ditawarkan oleh Kuwait Finance House (KFH). Kita boleh beli emas sekecil 1 gram, dan boleh tambah simpanan dari masa ke semasa dengan gandaan 1 gram.

Walaupun ia “akaun emas” tetapi kita boleh keluarkan emas itu dan simpan sendiri. Bagi sesiapa yang tak nak simpan sendiri (sebab takut hilang), emas tu kita boleh simpan dengan Public Gold secara percuma!

#2 – Beli Gold Bar 1 Gram

Selain gold bar 1 gram keluaran Public Gold, boleh juga beli gold bar 1 gram yang ada di pasaran. Harganya sekitar RM200 – RM220 sekarang ni. Buat masa ini yang famous di Malaysia (selain Public Gold) ialah gold bar 1 gram keluaran Power Gold dan kedai-kedai emas seperti Poh Kong, Habib Jewal atau Wah Chan.

gold bar 1g powergold

Mulakan dengan gold bar 1 gram jenama lain pun boleh. Tetapi saya galakkan anda buat kajian atau perbezaan sedikit tentang emas-emas yang di jual di Malaysia. Secara ringkasnya cuba bandingkan antara (1) harga per gram, (2) susut nilai atau spread, (3) keboleh jual balik emas tersebut.

Download ebook percuma tentang emas yang sesuai untuk pelaburan >> http://bit.ly/AdaApaDgnEmas

Apa yang perlu sahabat pembaca tahu, harga per gram untuk item “gold bar 1 gram” yang dikeluarkan oleh mana-mana syarikat sekalipun, biasanya lebih mahal berbanding gold bar bersaiz lebih besar. Maksudnya, HARGA PER GRAM untuk gold bar 1 gram biasanya lebih mahal berbanding beli gold bar yang bersaiz 10 gram atau 100 gram. Ini disebabkan minting cost-nya lebih mahal.

Cuma berdasarkan pemerhatian saya setakat ini, satu-satu cara untuk dapatkan gold bar 1 gram termurah di Malaysia hanyalah dengan beli melalui kaedah akaun emas GAP seperti point #1 saya di atas.

#3 – Beli Syiling Emas 1 Dinar

Bajet dalam sekitar RM730 – RM780. Anda boleh mula beli syiling emas 1 dinar (4.25 gram). Beli dan simpan sendiri. Syiling 1 dinar biasanya harga per gram lebih murah berbanding gold bar 1 gram. Ini disebabkan coin 1 dinar dikeluarkan khas untuk tujuan pelaburan. Sedangkan gold bar 1 gram biasanya dijual sebagai “item koleksi” ataupun sebagai “hadiah” -> harganya lebih mahal.

1 dinar public gold lbma

Jangan percaya cakap saya sebab saya adalah dealer/agen Public Gold. Cuma, siapa yang nak buat pelaburan emas fizikal di Malaysia tetapi dia tak tahu tentang kelebihan Public Gold, itu sudah satu kerugian besar!

Wallahu a’lam.

Mudah-mudahan dengan info ringkas ini, sahabat pembaca boleh mulakan langkah pertama menyimpan emas, InsyaAllah…