Posisi Penting Dalam Pelaburan Emas

Posisi Penting Dalam Pelaburan Emas | Bila terlibat dalam pelaburan emas, kita mesti tentukan posisi sebenar kita. Adakah kita ini

(1) penyimpan
(2) pelabur
(3) peniaga emas

Atau boleh jadi kita ambil ke semua posisi itu, tetapi kita pecahkan DANA kita kepada 3 posisi tersebut.

Posisi Penting Dalam Pelaburan Emas

Posisi Penting Dalam Pelaburan Emas

PENYIMPAN

Penyimpan emas adalah mereka yang beli dan simpan, beli dan simpan. Kalau beli emas untuk dijadikan simpanan jangka panjang, maka kita perlu fokus pertambahan GRAM yang dapat kita kumpul. Bila ada sahaja duit lebihan sebagai simpanan jangka panjang, gunakan untuk tambah lagi simpanan emas. Tak kisah harga naik atau turun, yang penting kepingan-kepingan emas kita perlu bertambah. Bila harga emas jatuh, itulah BONUS untuk kita. Penting juga untuk para penyimpan untuk menetapkan objektif simpanan masing-masing.

Persoalannya, mana nak cari duit untuk tambahkan simpanan emas?

Jawapannya, tak ada keajaiban. Sekeping emas tak boleh beranak jadi dua keping. Kita kena cari duit lain, samada duit gaji atau hasil daripada bisnes. Tak ada istilah memberanakkan emas menggunakan kaedah ar-rahnu (kononnya).

PELABUR

Kalau beli emas tujuannya untuk dijual bila harga naik, maka fokus kita sepatutnya pertambahan RM (duit). Jangan pedulikan berapa gram emas yang kita dapat. Yang penting dapat maksimumkan RM. Emas itu tak penting, ia hanyalah alat untuk memaksimumkan RM.

Katakanlah kita mulakan belian RM10,000 boleh dapat 60 gram emas. Bila harga emas naik menjadi RM11,000 dan mencapai target keuntungan, maka terus jual. JANGAN, JANGAN, DAN JANGAN ada rasa sayang kepada emas. Kalau rasa sayang nak jual, itu akan bermasalah.

Bila harga emas jatuh, mulakan belian baru dengan modal asal RM10,000 itu tadi, tak kira berapa gram yang kita boleh dapat. Mungkin kita hanya boleh dapat 55 gram sahaja untuk pusingan kedua, itu tak kisah sebab kita bukan nak kumpul GRAM, tetapi nak maksimumkan RM. Lebihan RM1,000 pada pusingan pertama itu tadi keluarkan sebagai keuntungan. Itulah pelabur emas.

PENIAGA

Bagi sesiapa nak tambah GRAM emas sekaligus memaksimumkan RM, maka posisi terbaik ialah jadi dealer / ejen / peniaga emas. Dealer emas berpeluang besar untuk dapat kedua-duanya sebab seorang dealer emas bukan sahaja berada di posisi pelabur (atau penyimpan), tetapi mereka meletakkan ‘sebelah kaki’ sebagai peniaga. Sambil mengumpul GRAM, mereka menjana RM hasil daripada perniagaan emas mereka.

Tentukan Posisi Anda

itulah 3 Posisi Penting Dalam Pelaburan Emas. Anda tetapkan posisi anda dahulu sebelum bermula dengan emas. Pengalaman saya sendiri, saya bermula sebagai penyimpan emas. Bila tiba satu masa saya rasakan apa salahnya saya menjadi dealer dengan Public Gold. Saya beli emas untuk simpanan sendiri, saya dapat royalti daripada pembelian saya. Daripada situ, saya mula bertukar posisi daripada menjadi penyimpan kepada peniaga dan penyimpan emas. Untuk menjadi pelabur masih belum bersedia. Daripada pembacaan saya, pelabur emas tanpa ilmu yang mencukupi biasanya akan menjadikan tidur anda terganggu. Oleh itu, biarlah saya dengan posisi sekarang, bila rasa dah cukup ilmu dan tidak kisah tidur terganggu, barulah saya akan berhijrah ke posisi pelabur.

Wallahu a’lam.

Mohd Redzuan Dolah
Sungai Petani.