Susut Nilai atau Spread

Susut Nilai atau Spread | Dalam pelaburan emas antara perkara penting yang perlu di fahami adalah susut nilai sesuatu item emas tersebut.

Secara mudahnya, Spread @ susut nilai bermaksud perbezaan di antara harga belian dan harga jualan item emas. Ia boleh dikira melalui 2 cara iaitu:

  1. Susut nilai di dalam Ringgit Malaysia
  2. Susut nilai di dalam bentuk % (peratus)

Formula pengiraan susutnilai.

  1. Formula susut nilai di dalam RM = Harga jualan – Harga belian
  2. Formula susut nilai di dalam % = (Harga jualan – Harga belian) / Harga jualan

Susut Nilai atau Spread

Public Gold sangat telus dalam urusan jual beli emas. Susut nilai item-item emas Public Gold adalah seperti di bawah.

Susut Nilai atau Spread

Sebagai contoh, anda membeli gold bar 250g yang mempunyai susut nilai 6%. Selepas 3 bulan, harga emas meningkat sebanyak 8%. Pada masa itu, jika anda menjual gold bar 250g tadi, anda akan mendapat keuntungan sebanyak 2%.

Tetapi, katakan anda membeli gold bar 20g yang mempunyai susut nilai 8%. Selepas 3 bulan, harga emas meningkat 8%. Pada masa itu, jika anda menjual gold bar 20g tersebut, anda tidak akan mendapat apa-apa keuntungan.

Contoh benar:

Katakan anda membeli 1000g Gold bar pada 21hb Disember 2016 dengan harga RM171,787. Pada 2hb Mar 2017 (3 bulan kemudian) harga emas naik lebih kurang 8.9%.  Pada masa ini anda jual balik gold bar 1000g anda kepada Public Gold dengan harga PB Buy iaitu RM177,273.

Dalam masa 3 bulan anda sudah berjaya mendapat keuntungan RM5,486 (lebih kurang 3%)

Susut-Nilai-atau-Spread-2Susut-Nilai-atau-Spread

Kesimpulannya disini, susut nilai yang rendah lebih baik untuk pelaburan emas. Satu lagi, semakin berat item emas tersebut maka semakin kecil susut nilainya.

Moga artikel ini membantu sahabat-sahabat memahami dengan lebih lagi tentang susut nilai atau spread

sekian,

Mohd Redzuan Dolah
PG00062196